Wednesday, June 1, 2011

New Life! New Blog! (:

Assalamualaikum...

     Salam perkenalan... Seperti nama yang diberi... saya Nurul Atika Binti Zol. Simple dan pendek je kan nama saya tu? Tapi walaupun nama saya tu simple ianya penuh dengan maksud yang baik dan bermakna. Nama saya bermaksud Cahaya yang Murni, Pemurah, Berani dan Bersih. Tapi senang-senang pun nama saya tu, ada juga orang yang salah sebut. Diorang panggil saya Athira. Atika = Athira = ?? hahah... pelik-pelik... Tahun ini saya berumur 15 tahun! As you know I will sitting for my big examination..! Ya Allah... sekejap je kan masa berlalu... Okay stop cerita pasal PMR! Kalau nak cerita lebih-lebih nanti sampai bila la tak habis.

     Saya telah dilahirkan pada 5 Mac 1996 di Besut, Terengganu. Dan yang paling penting saya suka membaca. Itulah perkara yang boleh buat saya tenggelam dalam dunia saya sendiri dan sebab tu lah saya seorang librarian sejak sekolah rendah lagi. Kadang-kadang saya akan ketawa sorang-sorang dan kadang-kadang juga saya akan menangis sorang-sorang! Pelik kan? Atika mudah terasa dan cepat merajuk.... Hmmm... mungkin kalau awak kenal saya... awak akan cakap saya penuh dengan misteri. Misteri apa? Bukan Misteri Nusantara ye. Okay baca dekat bawah ni dan fahami betul-betul supaya awak boleh kenal saya dengan lebih dekat.


< saya ada SATU saja HATI, jika GEMBIRA, hati itu lah, jika BERSEDIH, hati itu juga, jika BAHAGIA, hati yg satu itu juga, jika BERCINTA, hati itu je yang ada, jika TERLUKA, itu lah hatinya, terlalu SATU untuk banyak perkara.. >

     
     Ye kalau korang nak tahu itulah saya. Terlalu banyak benda yang telah membuatkan saya terluka ataupun sangat terluka. Sebab itulah kalau korang baca tajuk dekat atas tu macam pelik je. Biasanya blogger baru akan tulis tajuk untuk first post macam "SAYA BUDAK BARU BELAJAR" ataupun "HAI.. SAYA BLOGGER BARU DEKAT SINI" Tapi untuk pengetahuan korang ini blog kedua saya yang lama saya dah delete. Saya dah tak mahu ingat dah perkara-perkara yang lalu. Sekarang saya cuma nak bina hidup baru, nafas baru dan blog baru. Saya harap saya akan bangkit dari segala kekecewaan ini.

     Banyak benda yang telah membuatkan saya terluka. Pasal kawan-kawan, keluarga, dan dia. Sekarang nie saya tengah cuba nak lupakan dia buat SELAMA-LAMANYA. Nak tahu tak sebab apa? Sebab saya rasa ada sorang kawan saya ni suka dekat dia. Saya sanggup lakukan apa saja asalkan saya tak bergaduh dengan dia disebabkan lelaki. Tapi yang membuatkan saya terluka... dia tahu saya suka dekat orang tu tapi kenapa dia boleh suka juga dekat orang yang sama? Saya rasa macam dikhianati olah kawan sendiri. Saya terkilan. sedih dan sakit hati. Tapi disebabkan awak kawan saya... saya rela berundur dari menyukai dia. 


Saya boleh memaafkan seseorang yang telah membuat salah pada saya, tapi bila sekali hati saya terluka saya tak mudah untuk melupakan kisah silam itu biarpun saya sudah memaafkan dia


     Sekarang ini saya hanya mampu berdoa. Saya harap ALLAH sentiasa selalu disisi dan akan melindungi saya dari segala kekecewaan. Ya ALLAH aku mohon kepada Mu berkatilah dan berilah aku ketabahan dalam menjalani takdir hidupku ini. Ya ALLAH berikan lah aku petunjuk ke jalan yang diredhai Mu. Amin Ya Rabbal Alamin... Semoga ALLAH selalu disisi ku... I Love ALLAH...



Akan kuatkah kaki yang melangkah

Bila disapa duri yang menanti

Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap



Mengharap senang dalam berjuang

Bagai merindu rembulan di tengah siang

Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba






    

0 comments:

Post a Comment