Friday, April 13, 2012

Kawan... Saya nasihatkan awak sebab saya sayang awak...!

     Apa patut kita buat bila kawan kita membuat kesilapan..? Berdiam diri atau nasihatkan dia? Kalau dia terluka macam mana pula? Buat-buat tak tahu je ke tak pun minta maaf? Macam mana pula bila dia tak suka kita nasihat dia lepas tu kutuk kita macam-macam dekat Facebook, Twitter tak pun dekat Myspace... Nak jadi hati batu ataupun tak layan dia lagi? Macam mana pula bila dia jenis orang yang tak nak mengaku kesilapan dia, lepas tu cakap kita hipokrit? Nak buat-buat tak tahu lagi ke? 

     Susah juga ye nak nasihatkan orang ni. Terutama kawan baik. Kita nak nasihatkan dia supaya berubah perangai supaya orang dah tak cakap bukan-bukan pasal dia. Tapi bila dah nasihatkan tak nak dengar. Orang kasihankan dia... tapi bila dah tak nak dengar tu nak buat macam mana lagi kan..? Ya saya memang tak sempurna untuk nasihatkan awak dan saya ni selalu control ayu dan hipokrit macam yang awak cakap tu. Tapi saya tak kisah awak nak cakap apa-apa pun tentang saya sebab saya bukan seorang yang perfect.

     Tapi saya juga tak suka awak bermuka-muka dengan saya. Kalau tak suka cakap tak suka depan saya. Kalau tak suka jangan buat-buat suka dengan saya. Awak sendiri cakap yang awak bukan hipokrit jadi buktikanlah yang awak tu bukan hipokrit... Bila saya tahu awak kutuk-kutuk saya dekat hmm hmm awak tu saya langsung tak kisah dan tak terasa pun. Awak silap bila cakap yang saya akan terasa bila saya baca apa yang awak tulis tu sebab saya bukan perfect. Memang kita tak patut dengar orang lain bercakap pasal kita. Tapi bila perangai kita tu memang buat orang menyampah dan memang salah di sisi Islam. 

     Kenapa kita tak terima dan berfikir? Allah beri kita akal untuk fikir yang baik dan buruk. Tapi kenapa nak pilih yang buruk juga? Saya juga tak faham, kenapa bila awak jalan dengan lelaki lepas tu tanya saya, marah ke tak apa yang awak buat tu. Saya bukan tuhan yang akan beri awak pahala dan dosa. Sebenarnya, awak patut tanya diri sendiri, apa yang awak buat tu salah atau tak? Saya cuma mampu cakap yang suka hatilah awak nak buat apa pun. Sebab sebelum ni saya dah nasihatkan awak. 

     Awak ada akal untuk fikir yang baik dan buruk untuk diri awak. Jadi fikirkanlah... Pilihan ada di tangan awak. Dulu saya pernah menangis kerana awak. Awak nak tahu sebab apa..? Hanya sebab awak letak gambar awak yang tak bertudung di laman sosial. Saya tahu awak sebenarnya nak buat gambar tu jadi private tapi tak jadi. Tapi saya sedih bila baca komen yang korang tulis dekat bawah gambar tu. Ia tertulis 'kalau Atika nampak mesti dia marah'. Bermula dari hari tu, saya terfikir salah ke saya beri nasihat selama ni? Jadi kalau awak rasa yang saya ni penyibuk dan parasit dalam kehidupan awak saya minta maaf... Dan saya nak minta maaf kalau apa yang saya cakap tu melukakan hati awak.


I know I’ve made some bad choices when I knew what was right.
Said some bad things when I should have been quiet.
And I’ve let people down and had to watch them fall.
But don’t judge me.
I mean haven’t we all?


0 comments:

Post a Comment