Saturday, July 16, 2011

ALHAMDULILLAH YA ALLAH


    
     Alhamdulillah... Terima kasih Ya Allah.. kerana Kau telah menyedarkan hambaMu ini yang sering khilaf... Kini aku telah sedar yang cinta tak semestinya bersatu. Ya Allah... aku sememangnya telah menyakiti hatiku sendiri. Aku seorang yang bodoh kerana percaya yang dia masih menyukai dia. Aku bodoh Ya Allah. Aku lebih mementingkan cinta yang tak pernah aku capai daripada cinta yang ada di depan mata. Aku telah mengabaikan cintaMu... Huhhh... Menyukai dia menyebabkan hatiku selalu disakiti... tapi mencintaiMu Membuatkan hatiku tenang. Tapi kini aku telah sedar apa ertinya CINTA. Cinta tak semestinya menyukai seseorang... tapi cinta sebenarnya sangat luas ertinya. Jadi sekarang aku akan terus mencintai Kau Ya Allah. Sekarang aku dah tak kisah lagi Ya Allah.... biarlah cinta ini berkubur sahaja. Biarlah aku tak dapat memiliki atau merasai cinta dari seorang kaum adam asalkan aku dapat merasai cinta sejati daripadaMu.

 Bismillahhirahmanirahim
Ya Allah kau ampunilah dosa-dosaku serta dosa-dosa kedua ibu bapaku dan Kau rahmatilah kedua-duanya sebagai mana mereka memelihara ku semasa kecil.. Ya Allah Kau berikanlah aku kekuatan, keimanan dan ketabahan. Dan Ya Allah... Kau lindungilah aku dari segala kekecewaan. Tutupkanlah pintu hatiku ini daripada menyukai mana-mana lelaki lagi.  Amin Ya Rabbal Alamin...



Wanita Ibarat Epal
Epal Yang Tak Berkualiti Amat Mudah Dipengaruhi
Kerana Ia Berguguran Di Tanah.  
Tapi Epal Yang Tak Mampu Dibeli Berada Di Puncak.
Susah Dipetik Dan Digapai.
Terkadang Ia Risau
Kenapa Tiada Yang Memetiknya
Lantas Merendahkan Dirinya Dengan Menggugurkan Diri
Menyembah Tanah Sedangkan Allah
Telah Menjadikan Martabatnya Tinggi
Dan Hanya Lelaki Yang Benar-benar Hebat Yang Mampu Memilikinya…


 ~Sesunguhnya Aku Ingin Jadi Wanita Seperti Itu Yang Tinggi Nilainya…~

0 comments:

Post a Comment